Program Tajaan Anjuran TCE Sports Sdn Bhd


Pandangan dari Jeti Kuala Dulang Yan Kedah dan sebahagian bot-bot yang memberikan perkhidmatan kepada pemancing yang ingin ke Tuas

 

Sekali lagi TCE Sport Sdn Bhd menggiatkan usaha untuk menarik minat orang ramai supaya melibatkan diri dalam sukan memancing. Sempena Kempen Tajaan anjuran TCE Sports Sdn Bhd, satu program tajaan dilancarkan baru baru ini. Program yang telah bermula dari bulan Oktober 2011 sehingga bulan March 2013 merupakan satu program berperingkat. Pihak penganjur telah bersetuju untuk menaja para Tekong Bot yang berkelayakan. Peluang keemasan ini terbuka secara khususnya kepada Tekong-tekong di perairan malaysia sahaja. 


Botmen atau Tekong Kuala Trong, Larut Matang, Perak En. Naser Hashim

Seramai 15 Tekong Bot dari setiap negeri akan disenarai pendek,Calon-calon Tekong Bot yang tersenarai dalam pencalonan akan ditemuduga terlebih dahulu oleh kakitangan TCE Sports. Setiap Tekong Bot akan dipilih akan menjalani ujian peringkat akhir dan yang berjaya akan menjadi Duta bagi TCE Sports Sdn Bhd. Keputusan pemilihan setiap Tekong Bot yang ditaja oleh TCE Sports berdasarkan dari segi beberapa faktor antaranya :-

  • Tekong Bot mestilah warganegara Malaysia.
  • Menjalankan Perkhidmatan Bot yang sah dan sepenuh masa
  • Pengalaman & kepakaran memancing melebihi 10 tahun 

Calon Tekong Bot ini diberi peluang untuk menguji Peralatan yang dibekalkan oleh TCE Sports dimana keseluruhan barangan yang di taja oleh TCE Sports bernilai lebih daripada Rm1000.00 sehingga Rm 2000.00. Produk-produk yang di taja hanya diberikan kepada Tekong Bot yang berkelayakan dan juga para peserta(Pemancing) yang mengikuti program tajaan anjuran TCE Sports.Dengan ini, para perserta (pemancing)juga diberi peluang untuk menguji produk-produk berjenama keluaran TCE Sports.

 
1. Botmen Kuala Dulang, Yan dari Kedah En Darus Bin Jusoh
2. Botmen Pulau Kendi dan sekitar Perairan Pulau Pinang En Wan Mohizan
3. Peserta Pemancing dari Baling Kedah Yang Mengiringi Trip Memancing Di Tuas Perairan Kedah.
 
   

Semua produk-produk yang telah diuji oleh Tekong-Tekong terhebat dibawah tajaan TCE Sports, akan memberikan kelebihan kepada para pelanggan TCE Sports untuk terus menggunakan produk-produk berjenama keluaran TCE Sports dengan lebih yakin lagi.

Di antara produk-produk berjenama keluaran TCE Sports yang ditaja dan di uji seperti Daiwa,Seahawk,Team Seahawk,Asso Fishing Line,Fins,Gamakatsu,dan Maxima. Setiap produk-produk baru keluaran TCE Sport akan diuji dari segi kekuatan, ketahanan dan kelasakan. Konsep ini dilihat sebagai satu usaha untuk menarik minat orang ramai untuk menceburi aktiviti memancing dan memberi peluang yang luas kepada Tekong-Tekong Bot tempatan kita. Secara tidak langsung ia dapat mempromosikan tekong-tekong tempatan serta produk-produk berjenama keluaran Tce Sports.

 
Sessi Megilat Gewang - Antara acara-acara program TCE Sports bersama pakar-pakar Casting tanah air
 
Dato Alias Abu Bakar bersama adiknya tersenyum puas atas usahasama diberikan antara tekong-tekong bot yang ditajai oleh TCE Sports dengan hasil tangkapan
 

Kepada pemancing yang berminat untuk mengikuti trip - trip memancing anjuran TCE Sports, anda boleh memohon serta mencadangkan tempat atau lubuk-lubuk yang berhampiran dikawasan anda. Teruskan mengikuti Program - Program Pencarian Tekong Tersohor Bersama TCE Sports dimasa akan datang. 

 Roslan begitu sabar menunggu ikan menerkam gewang  Rodney bersama Kerapu hasil penggunaan Soft Bait.
 

 

 

  

Untuk sebarang pertanyaan dan cadangan, anda bolehlah menghantarkannya di alamat TCE Sports Sdn Bhd (HQ) 150 & 150A Lebuh Pantai,10300 Pulau Pinang atau hubungi saya di talian 04-2638 700 Juga melalui email di info@tce-sports.com & ben.azryll@tce-sports.com

 

Sekian dari saya,

Ben Akhtar
Brand Development Asst.
TCE Sports Sdn Bhd.(HQ)

Artikel ini dipaparkan dalam majalah Pancing pada bulan Januari 2012.

 

  Shopping Cart    

** Your shopping cart is empty **